www.reyokiwara.net

•February 16, 2010 • 117 Comments

Assalamualaikum
Dengan segala hormatnya, para admin tertinggi dalam blog reyokiwara.wordpress.com telah sebulat suara untuk menaik taraf blog sedia ada kepada blog berbayar untuk lebih eklusif dan lebih mesra.

Domain terbaru yang telah dicadangkan adalah http://www.reyokiwara.net, dan menggunakan sistem wordpress yang asal untuk memudahkan semua geng-geng reyokiwara dalam menguruskan profile sedia ada.

nantikan kemunculan http://www.reyokiwara.net

Advertisements

Selamat Pagi Malaysia 8 Februari 2010 jam 8.00 pagi

•February 8, 2010 • 104 Comments


SELAMAT PAGI MALAYSIA

Bersama: Cikgu Man (PSSGM), Cikgu Zul (Serimau Hitam), Ayu (Pencak Silat UPSI)

Sekadar untuk memberitahu rakan-rakan tentang jemputan pihak Selamat Pagi Malaysia TV1 sempena Pertandingan Pencak Silat UPSI yang akan diadakan pada 12-14 Februari ini.Dalam program ini , tiga orang dari UPSI iaitu  Cikgu Nor Azman mewakili Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Cikgu Zul mewakili Pertubuhan Silat Serimau Hitam dan Saudari Ayu selaku wakil Kelab Pencak Silat UPSI telah hadir untuk memberikan maklumat.Program dimulakan dengan wawancara bersama jemputan dari UPSI dan kemudian disusuli dengan persembahan demo dari rakan-rakan reyokiwara….Video penuh wawancara akan saya upload kemudian. Ini saya letakkan gambar-gambara sahaja dahulu yang berjaya dicapture dari webcam saya.. Tahniah untuk semua yang terlibat. Terkenang latihan bersama di Taman DR semalam …ohhh…Jent dan Lan…anda hebat..

VIDEO SHOW… CLICK HERE…

Continue reading ‘Selamat Pagi Malaysia 8 Februari 2010 jam 8.00 pagi’

Mesyuarat Gurulatih Perak

•February 2, 2010 • 13 Comments

Untuk Makluman Reyokiwara….

Mesyuarat Gurulatih Perak akan diadakan pada

Bertempat : Ibu Pejabat Gayong Malaysia (perak)

Bertarikh : 7hb Februari 2010

Hari :  Ahad

Jam : 10.00 pg

Dari Pihak Reyok, Kita Diwakili Oleh Tapak Yoi….

bersama membangun membina ukhwah....

Mengimbau Sebahagian Sejarah Datuk Meor Abd.Rahman Bersama Cg.Abd.Rani Bin Ngah Onah

•February 1, 2010 • 34 Comments

Abdul Rani Bin Ngah Onah, satu nama yang mungkin sebahagian anak-anak gayong hari ini tidak mengenalinya. Beliau seangkatan dengan Cg.Nordin (Perlis), Pak Hussin Kaslan(Singapura), Cg.Sidik (Taiping) dalam bergayong sejak zaman Gayong School di Singapura  lagi. Banyak sekali kisah-kisah beliau dengan Allahyarham Datuk Meor. Ini adalah sebahagian daripada coretan kenangan bersama Datuk suatu ketika dahulu yang masih tersimpan yang sempat hamba imejkan dalam bentuk digital, kerana beliau, hamba mula kenal gayong. Gahnya anak-anak gayong, suatu imbauan yang menyuntik semangat anak-anak muda supaya bergelanggang, bertari dan bersilat.

Pembukaan Gelanggang Baru SK Gopeng

•January 23, 2010 • 69 Comments

Petikan Ini DiAmbil Daripada Blog Tapak Yoi—–>

Assalammualaikum

Sebentar tadi, rakan hamba , Azmi telah berjumpa dengan hamba dan memberitahu tentang gelanggang baru PSSGM Perak di SK Gopeng…Insya Allah, jika tiada halangan hamba akan mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar sekolah berkenaan untuk perbincangan lanjut.

Memandangkan gelanggang SMK Besout telah pun bermula, maka hamba pun telah menerima satu tugasan untuk mewujudkan satu lagi gelanggang di Gopeng.

Mohon doa rakan-rakan senior di seantero dunia untuk kewujudan gelanggang ini. Insya Allah………….

__________________________________________________________________________________________

Reyokiwara Mengucapkan Selamat Berjaya

Menyambung Warisan Gayong Yang Tiada Penghujungnya..

Besout @ Silat

•January 17, 2010 • 107 Comments

Assalamualaikum.. alhamdulillah dipanjatkan kepada Illahi dengan rahmat dan izinnya, Silat PSSGM telah meluaskan lagi sayapnya ke Felda Gunung Besout. Dimana Silat ini telah bertapak di Sekolah Menengah (F) Besout dibawah pimpinan Cikgu Azwan dan di latih oleh Cikgu Idris.

Silat di Besout telah disertai oleh seramai 31 anak murid dimana latihan telah dimulakan pada 10 jan 2010.

Latihan di Besout bermula pada jam 8.30pg sehingga 11.00 pagi dimana pada permulaan ini silat di Besout dibuat sekali seminggu.

Pada hari pertama latihan, Anak-anak gayong ini telah diajar Bunga Tanjong dan Asas Gerakan pertama,

Alhamdulillah pada kali kedua latihan, seramai 7 murid baru telah datang untuk sama-sama berlatih ilmu Gayong..

Insyaallah semoga Anak-anak Gayong yang baru ini akan menambahkan lagi semangat Ke-Gayongan di Tanah Melayu dan serantau…

Sekian

GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU

Pesanan SMS Mak Ngah kepada semua reyokiwarians…Langkah seterusnya

•January 15, 2010 • 14 Comments

Berkaitan dengan Mesyuarat Cikgu Man, reyokiwarians dan PSSGM Perak

Ini SMS yang diterima dari Mak Ngah, ini dapatan yang diperolehi:

1. Mak Ngah tidak ada masalah untuk membincangkan perkara tersebut kerana telah wujud perbincangan lisan sebelum ini.

2. Mak Ngah memohon maaf kerana hari Ahad ini, beliau pindah rumah dan meminta kita menetapkan tarikh lain untuk       perjumpaan.

3. Mak Ngah mohon untuk kita uruskan Akta Sukan untuk daerah Batang Padang dan Kampar(Gopeng & Batu Gajah)

Alhamdulillah…ukhwah dibina memberi buah yang baik, semoga kita terus bersatu…

Allahuakbar