Persaudaraan Dari Gayong France


Salam Buat Reyokiwara…

Ingin diceritakan tragedi ‘kebetulan dan suratan’ telah berlaku pada 2.8.2009 bersamaan ari ahad jam 5.00 ptg. Diwaktu kami mengajar di gelanggang Highlander Slim Hill, kami secara tidak sengaja didatangi dan dilewati oleh seorang pemuda kacak, tampan dan segak.

Berseluar silat, bertulisan pencak silat disisi celananya serta berbaju hitam bertatahkan lukisan harimau di belakang bajunya. Tidak lupa juga satu senjata di lehernya berwarna hitam iaitu kamera canggih. Kemas memegangnya. kami berdua kaget, tergamam, terpaku, terpana sebentar. Siapa gerangannya itu??

Sapaan  beliau dari jauh, kami sambut dengan baik, lalu perginya ke suatu hujung sudut padang mengambil gambar budak2 bermain di taman permainan itu. Gelagatnya dipandang, tak leka dari lirikan mata kami. Resah, risau, sasau dibuatnya. Siapa Gerangannya??  Berambut pjg, tegap, mantap. Kami biarkan beliau dengan gelagatnya.

Selesai sudah kami mengajar, datanglah dia dengan tunduk hormatnya pada kami. menegur kami, kami menyambut dengan baik. beliau bertanyakan kami, “adakah ini Gayong Malaysia”. Kami Jawap “Ya, Gayong Dato Meor”. Senyum panjang dipamerkan pada kami. Pelik? Resah? Siapa Beliau ni….

Lalu kami bertanya semula, “siapakah sahabat ini? dari mana?”. Lalu beliau memperkenalkan diri. “Saya Hakim!!”, “Gayong France”. “Cikgu Gayong Di sana”. Apalagi, terkejut beruk la kami. Rasa bangga, malu pun ada, segan pun ade. Rupanya, dihadapan kami ini adalah salah seorang cikgu Gayong yang telah berjaya membuka gayong di Perancis. “Ya Allah, Inikah dinamakan Kebetulan dan Suratan pada kami untuk bercantum semula Gayong2 yang ada”.  Lalu kami memperkenalkan diri kami masing2. perbualan kami tidak panjang kerana Cikgu Hakim ingin segera pulang ke Perancis pada malam ini. Sempat jua kami bertukar2 alamat, telefon, blog, email dan pandangan2.

Maka pulanglah kami dengan rasa bangga dapat bertemu dan berkenalan dengan cikgu Hakim ini. Gayanya amat kami hormati kerana beliau tidak sombong malah merendahkan diri dari kami sedangkan beliau sudahpun berbengkong Hitam Cula 3. Apalah sangat nk dibandingkan dengan kami ini. huhu. InsyaAllah, Cikgu Hakim sudah berjanji akan pulang semula ke tanah air untuk bertemu dengan kami pada awal bulan 3 tahun depan. InsyaAllah… InsyaAllah… Moga2 termakbul perjanjian ini.

*** ppsstttt….–> reyokiwara kini sudah berkembang ke Perancis. Huhu.. Alhamdulillah….. semoga pertalian persaudaraan ini utuh dan takkan putus.. amin

Advertisements

~ by wiro sableng on August 6, 2009.

16 Responses to “Persaudaraan Dari Gayong France”

  1. huhu…. besh.. besh… huhu

  2. hebat hebat!!! memang hebat……

  3. kebetulan itu satu suratan….

  4. alhamdulillah…semoga perhubungan sesama anak gayong didunia semakin akrab….hamba dari tanah seri iskandar sentiasa menyokong perkara sebegini…insyallah…

  5. alhamdulliah…amat menggembirakan hati tentang perkara ini…

  6. sabar itu sebahagian iman…
    satu ari bertambah kukuh

  7. salam..hamba pon nk tmpang bangga n nk menunjuk la,ckgu hakim 2 senior saya masa kat kelantan dlu..huhu…tp nk tnyer sunandanny..ckgu hakim pergi ke slim hill hari 2 knape ek?dia ada keje ape kat slim?

  8. nnt mu g blog dia… g tayer dia… wakaka

  9. assalamualaikum saudara segayongku semua, reyokiwara pejuang2 gayong, cikgu jent, cikgu lan, semoga perkenalan ini kekal sampai bila bila. Pecah gayong perpecahan sayang, lambat laun bercantum kembali. mohon maaf juga seandainya di awal perkenalan ada yg kurang enak, tak kenal maka tak cinta! 😉 gembira dpt kenal, akhirnya trcapai juga hasrat di hati nak ‘cari lubang’ Gayong UPSI, nak pg mymbung silaturrahim dan menuntut ilmu khazanah ADMAR… 😉

  10. InsyaAllah Cikgu Hakim…
    sayang cikgu… huhu

  11. salam, just nk bgtau che wan kite tuu… pegi slim river nk jumpa abang, dok kt bukit slim. yg dua orang tu anak sedara la tu. hehehheh

  12. huhu…. betui betui betui

  13. owh yeake g2..nanti alek cni boleh la datang glanggang UPSI..hehe..sy dlu silat kat gaal ngam taufiq…ngam ckgu hakim 2 ingat2 lupa ar masa kat kamil..

  14. huhu alaa tokwea.. masa tu mu ingus lg..
    budak lum akhil baligh lagi aaa..
    wakaka

  15. ah diam ah kamu guntur…hahaha

  16. weii…wei… nyi burga kilara ni… amboi… mulut…
    huhu~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: