Perhatian!!! Aku Terbakar…


Kepada Krew REYOKIWARA….

Tugasan pada bulan ini, buat kajian tentang novel :
Ia merupakan triologi novel Pendekar yang berlandaskan keislaman Bangsa Melayu.

1.Bagaikan Puteri
2.Cinta Sang Ratu
3.Hijab Sang Pencinta

Terbitan Alaf 21 Pengarang Ramli Awang Murshid.

->baca jangan x baca…….

SIPNOSIS

Bagaikan Puteri

Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima Jojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati.Dia berusaha membawa Haryani kembali semula keabad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad .21.Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Bagaikan Puteri
penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta… manusia sanggup berperang!

Cinta Sang RAtu

Sinopsis dari saya:

Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di zaman silam, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting Saifudin untuk menjadi surinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui poskad yg dihantar Dani. Menurut kedutaan MAlaysia, Dani telah hilang dalam Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup. Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur, (ketua manusia serigala), Haryani berjaya melarikan diri dan terjumpa Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa, 1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala juga. Ada beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian, bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Mereka cuba berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia nyata.

Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani menggelupur bagai terkena sawan, Dani tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.

Hijab Sang Pencinta
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA – pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…

Advertisements

~ by suNan BonaNG on July 18, 2009.

8 Responses to “Perhatian!!! Aku Terbakar…”

  1. erm… besh ye citer ni… huhu….

  2. sumer citer novel ni dah lama kat pasaran. tapi mmg best jln citernye. kisah pertembungan dua zaman yg b’beza.

  3. erm… benar kata2 saudara… tp apakan daya, cerita ini masih lagi hangat membakar semangat perjuangan pendekar kita… wakaka

  4. aduh…. besh giler… hamba kini memasuki novel ke 2.. huhu

  5. kita dah abis baca ketiga-2 buku tersebut….best..

  6. kite pun dh nk abis..
    pasni… HATIKU DIHARUJUKU
    dan abis buku tu … nk baca ADAM..

    pasni nk cari lg… koleksi2…. ramlee awang mursheed..

    huhu

  7. bagaikan puteri-dah katam 3x
    cinta sang ratu-katam 4x
    hijab sang pencinta-katam 6x

  8. aku rasa ado sambungan lah. sbb dlm novel 9nyawa RAM kato SAIFUDDIN ada jumpa ngan seorang omputih nnma tajuk buku baru sero… CINTA SUFI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: